:
PROGRAM SYAHADAH ULYA
Share:


  • Program pengajian Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab sebagai kaedah melahirkan ilmuan Islam (Ulama) yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi dan ukhrawi (Ulul Albab). Ia merupakan program perintis (pilot project) dan yang pertama di Malaysia dan merangkumi tiga aspek ilmu iaitu Pengajian Agama melalui pembelajaran Kitab Turath, Pengajian Akademik dalam sains tulen dan hafazan Al Quran. Program ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Julai 2015 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut.
  • Syarat Kemasukan
    i. Terbuka kepada warganegara Malaysia (lelaki sahaja) yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada tahun semasa.
    ii. Lulus peperiksaan PT3 dan mendapat sekurang-kurangnya 6A termasuk subjek matematik, sains, pendidikan Islam dan bahasa arab.
    iii. Telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 20 Juzuk
    iv. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat.
    v. Lulus dalam proses temuduga.